Cari je ape yang ko nak

Tuesday, March 22, 2011

Solat Jumaat di Chiliyiang.

As salam

Chiliyiang, kota yang permai. terletak kira2 20 minit dari tempat penginapan aku, dan mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 20k (estimate je nih).

Ni pengalaman pertama aku solat jumaat di luar negara.
Jika sebelum ni tyme kat Jepun, aku x berkesempatan solat jumaat, tapi kat sini aku dapat gak solat jumaat ngan jemaah2 kat kawasan ni.

1st tyme impression. Aku bersyukur aku dilahirkan di bumi Malaysia, ramai yang beragama Islam, walaupun x semua yang mengamalkan ajaran Islam yg sebenar.
Tak susah langsung solat berjemaah di Mesia. Cari je masjid atau surau, trus bley solat.
Memang totally different. Tambah2 lagi di bumi Korea Selatan, di mana syiar Islam memang tak berapa sampai ke sini.

Jemaah di Islamic Centre yang dinamakan Faizan E-Medina ni terdiri daripada orang Indonesia dan orang Pakistan. Aku memang respect betul ngan orang Indonesia ni, kat mane2 pun ade diorang, memang diorang ni ade survival rate yang amat tinggi. =)

Aku berpeluang amik wuduk kat dalam toilet masjid ni. Oleh sebab toilet ni di share skali dengan orang Korea yang bukak kedai kat bawah Islamic Centre ni, bau nya... YA Allah... Hanya tuhan yang tahu camne aku tahan nafas aku. hahaha.. Tape, toilet kat Mesia pun truk gak, tapi slalunya toilet kat masjid2 di Mesia xde sampai tahap macam ni,hehe..

Bawah ni ade serba sedikit gambar yg sempat aku tangkap.
 Sinki tempat amik wuduk

 Jemaah tengah solat sunat


Faizan E Medina, dulu adalah pusat snooker yang di convert jadi Islamic Centre

Bile pikir2 balik, aku rindu giler ikhwah2 skali ngan aku, solat jemaah sama2, sama2 mendapat tarbiyah dari seorang naqib yang berdedikasi.

 Aku harap, pengalaman hidup aku kat sini akan dapat mematangkan lagi aku di masa akan datang.
Amin Ya Rabb.  =)

2 comments:

  1. Isi khutbah, x paham sangat, sebab kot bahasa urdu, =)
    X sempat blajar bahasa urdu.

    ReplyDelete