Cari je ape yang ko nak

Tuesday, March 22, 2011

Solat Jumaat di Chiliyiang.

As salam

Chiliyiang, kota yang permai. terletak kira2 20 minit dari tempat penginapan aku, dan mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 20k (estimate je nih).

Ni pengalaman pertama aku solat jumaat di luar negara.
Jika sebelum ni tyme kat Jepun, aku x berkesempatan solat jumaat, tapi kat sini aku dapat gak solat jumaat ngan jemaah2 kat kawasan ni.

1st tyme impression. Aku bersyukur aku dilahirkan di bumi Malaysia, ramai yang beragama Islam, walaupun x semua yang mengamalkan ajaran Islam yg sebenar.
Tak susah langsung solat berjemaah di Mesia. Cari je masjid atau surau, trus bley solat.
Memang totally different. Tambah2 lagi di bumi Korea Selatan, di mana syiar Islam memang tak berapa sampai ke sini.

Jemaah di Islamic Centre yang dinamakan Faizan E-Medina ni terdiri daripada orang Indonesia dan orang Pakistan. Aku memang respect betul ngan orang Indonesia ni, kat mane2 pun ade diorang, memang diorang ni ade survival rate yang amat tinggi. =)

Aku berpeluang amik wuduk kat dalam toilet masjid ni. Oleh sebab toilet ni di share skali dengan orang Korea yang bukak kedai kat bawah Islamic Centre ni, bau nya... YA Allah... Hanya tuhan yang tahu camne aku tahan nafas aku. hahaha.. Tape, toilet kat Mesia pun truk gak, tapi slalunya toilet kat masjid2 di Mesia xde sampai tahap macam ni,hehe..

Bawah ni ade serba sedikit gambar yg sempat aku tangkap.
 Sinki tempat amik wuduk

 Jemaah tengah solat sunat


Faizan E Medina, dulu adalah pusat snooker yang di convert jadi Islamic Centre

Bile pikir2 balik, aku rindu giler ikhwah2 skali ngan aku, solat jemaah sama2, sama2 mendapat tarbiyah dari seorang naqib yang berdedikasi.

 Aku harap, pengalaman hidup aku kat sini akan dapat mematangkan lagi aku di masa akan datang.
Amin Ya Rabb.  =)

Friday, March 18, 2011

Antara Islam, kamchi kimbap dan udong

As salam.


Kali ni punye entry, aku nak citer skit pengalaman aku hari ni.
Cam bese la,masuk bilik, aku kene wat research.
Hampir2 otak ni tepu dipenuhi dengan international standard untuk analysis segala bagai, akhirnya ade sorang akak dari pejabat yang dengan baek hatinya memperkenalkan aku dan partner research aku dengan student representative universiti ni. Kalau kat mesia ni ala2 MPP la,hehe..

Setelah duk kat sini, baru aku taw, dak2 korea ni taktaw pun ade negara nama Malaysia. Ade sekali tu,boley diorang tanye Malaysia ade tak winter,hehe.. Nak wat cane kan, orang malaysia yang tergila-gila cerita korea, tapi orang korea tak pernah taw wujudnya Malaysia. Ceit!!!! Nak wat camne, bukan salah diorang kan,huhu..

Nama MPP yg aku jumpe ni Kim. die ni umor 24 tahun, baru abis military service 2 tahun yg wajib utk sume orang laki korea. Die ni boley la cakap ENglish,so xde problem sangat.

Dalam duk borak2, die jamu la dua jenis minuman. Satu tu air Soda(memang faveret diorang nih) dan satu lagi adalah soju(arak la nih).
Aku dengan konfidennya, cakap kat die,

"Our religion dont drink soju," Naseb baek diorang jenis open minded,lalu die segera wat sorok soju tu.
Macam2 gak diorang tanye pasal orang Islam ni.
"Do you eat tueji gogi?'
Tueji gogi ni dalam bahasa korea adalah daging khinzir. So, aku cakap la, Muslim xbleh makan gak.
Sebenarnya, kat Korea ni, ada lagi yang taktaw Muslim tu ape. So, sebagai orang Islam, memang kite kene explain elok2 ngan orang korea ni sebab bab makan ngan diorang,memang diorang ambil berat sikit, taknak bagi diorang rase cam kite menghina diorang dengan taknak makan makanan korea yg diorang kasi yang selalunya tak halal nih.

Pas sesi soal jawab agama ni,akhirnya aku pun mintak nk pergi lunch. Lapar kot,haha~
Menu makanan hari ni adalah chamci kimbap, seakan-akan suchi dan dalamnya ada tuna,mayonis, dan telur,huhu..

Harga satu roll chamci kimbap ni adalah 2500 won bersamaan dengan RM7.50. Agak mahal di sini, kalau makan kat kedai nasik ayam pak mal seksyen 11 memang lagi berbaloi. tapi nak wat camne, yang ni je makanan yang ditanggung halal.

Pastu,aku order lagi satu makanan,macam ramen jugak,namany udong. Udong ni taktaw la nak cakap sedap ke tak,aku telan je, sebab lapar giler kot,haha.. Rasanya char koew teow penang berkali-kali ganda lagi sedap dari udong nih. So,sape2 yang akan ke korea bile2, bley la try rase udong nih walaupun xde la sedap sangat pun.
Terima Kasih kepada lecturer aku yang tengah wat PHD kat sini kerana blanje aku makan tengah hari tadi,hehe~



Gambar2 tyme meeting hari tu,lupe nak upload.

Petang tu otw balik, sempat la jugak aku amik gambar sekitar kampus ni, view die memang lawa,laen giler dari Malaysia. Suhu tadi pun agak sejuk,sekitar -2 hingga 3 celcius je.





Tu je utk kali ni. banyak lagi sebenarnya aku nak tulis,tapi masa cam tak mengizinkan plak,byk yang nak dibuat. Oh,lupe nak cakap, malam2 kat korea pun tak bape best, sebab malam kat sini rase cam kejap je, alih2 dah pukul 12 tgh mlm. Nak kuar,sejuk plak, kadang2 bley sampai -5 celcius,memang sah2 la aku tak kuar,haha~

p/s Aku rindukan kehidupan kat Shah Alam yang blwy lepak kat mapley makan roti canai dengan teh tarik sampai tengah malam,huhu..

Thursday, March 17, 2011

South Korea: the journey begin.

As salam.
Mungkin ramai antara kita ni minat gila cerita korea ataupun paling kureng penah skali skala tgk crita Korea yang berlambak di pasaran. Ataupun yang meminat kumpulan2 dari korea seperti Snsd, 2PM, after school, bla2, dan seantero dengannya.

Aku penah teringin jugak utk blajar ke,melancong ke, atau keja kat oversea. Mana2 pun takpa, janji oversea,haha.. Dan Alhamdulillah, dulu aku penah ke Jepun mengikuti lawatan tyme zaman2 mude kat matrik selama 2 minggu. Kali ni aku perpeluang plak pergi praktikal training selama 4 bulan di Korea Selatan yang indah permai ni.

Flight yang aku naek dari KLIA ke Incheon airport yang terletak dekat2 dgn Seoul ni adalah Malaysia Airlines, MH066. Amik masa dalam lebih kurang 6 jam saje dari Mesia. Macam naek bas dari Penang ke Kota Bharu kot agak2 nya,haha..

Sampailah aku di bumi Korea ni, suhu tyme tu lebih kurang 5 celcius rasanya, walaupun musim winter da nak abis. Sedang kami semua berurusan dengan imegresen, hmmm... ade masalah pulak. Sorang kawan aku tak lepas imigresen sebab visa dalam passport die salah tarikh, memang sume cuak abis la,haha.. Alhamdulillah, mende ney setel gak,naseb baek officer kt airport ade jugak yg boleh ckp english,kalau tak, memang kne balik mesia blk jawabny,huhu..




Tempat yang aku berada di korea selatan ni adalah di Daegu, bandar ketiga terbesar di Korea selepas Seoul dan Busan kalau tak silap aku. Dari Incheon ke Daegu Airport ni amik masa dalam 50 minit ja. tak lama pun, macam Penang ke Subang jarak dia. Maaf la ye brother pilot Korean Air, sebab kitorang, flight ni delayed sampai 40 minit,hehe~




Dalam kul 10.20 am, sampai la aku dan kwn2 di bumi daegu yang indah permai ini. Ade la pakcik teksi yang amik kami. Ingatkan pakcik teksi kat KL dah power. Rupa2nya, pakcik teksi kt daegu ni lagi hardcore, maen potong kiri ngan kanan kete je keje,haha...

Lepas setengah jam naek teksi yg amat laju ni, akhirny aku sampai gak di tempat penginapan, iaitu International House 1. Pas tu,ape lagi, tido trus,hehe.. Petang2 skit baru kuar g amik2 gmbar yg kat bwh ni,haha..




Ni je entry utk kali ni, nnt aku akan cuba post as soon as possible sebab ade keje gak aku mau buat.
tapi overallnya, aku lagi suka hidup kat Malaysia,haha...

Wednesday, March 9, 2011

Sahabat....

As Salam.

Entry kali ni, aku nak bercerita tentang erti persahabatan.
Setiap dari kita, memang perlukan kawan dalam hidup, btul tak??
Tipu la, kalau cakap, aku boley hidup seorang diri, tanpa perlukan bantuan orang lain.
Kalau ade orang cakap macam tu, korang bagi soklan simple je kat diorang.
Kalau ko mati, sape yang nak mandikan, kafankan, sembahyangkan dan kebumikan ko??

Btul tak??

Memang aku tak nafikan, dalam hidup aku, aku temui pelbagai jenis sahabat. Ada sahabat yang aku percaya dengan nyawa aku, ada sahabat yang sekadar boleh dipanggil kawan ketika senang, ada sahabat yang boleh tolong kita ketika kita susah, ada jugak sahabat yang nak tikam kita dari belakang.

Alhamdulillah.
Sepanjang 3 tahun aku hidup kat universiti, aku dikurniakan dengan ramai sahabat yang bukan sahaja bersama-sama aku ketika senang, tetapi sanggup menolong aku ketika susah.
Jasa diorang, dan erti diorang dalam hidup aku, amat bermakna. Walaupun aku tak tunjuk kat diorang (besa la, takkan nak bagitau,hehe) tapi aku amat2 menyayangi diorang sebagai seorang sahabat. Ukhwah fillah. Tiada apa yang dapat menggantikan member2 yang aku knal di universiti ni.

Bersama-sama aku mengharungi ranjau dan dugaan dengan member2 aku sebagai student universiti yang amat mencabar. Bila zaman universiti ni berakhir, aku pasti akan rindu gila2 kat member2 aku nih.. Aku harap, persahabatan yang terjalin sekarang, akan kekal selamanya, Insyaallah..



Thanx  member2 COTA-ipan,ajim, aie,kecik,tom,luqman,zubir,mas, dgn sapiq kerana sentiasa menemani aku untuk menjadi seorang manusia yang diredhai Allah.

Thanx juga kepada member2 aku yg laen-ce'an,tokse,pidot,fami, DLL kerana sentiasa memahami diri yang serba kekurangan nih. Aku harap, persahabatan kita akan kekal selamanya..

Marilah kita bersama-sama berjaya di dunia dan di akhirat..
Amin Ya Rabb...

Thursday, March 3, 2011

Ayat-ayat terpilih

As Salam.

Khamis malam jumaat ni tetiba je aku macam takde keje nak wat. So, saje2 nak kongsi antara ayat2 dalam Al-Quran yang aku baca dan hafal. Insyaallah, ayat kat bawah ni bila2 kita rasa sedih, hilang arah, recite lah balik ye, boleh bagi ketenangan di hati kita, =)


1.      "Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." \[Al-Baqarah, 2:153]

2.      "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." \[Al-Imran, 3:139]

3.      "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." \[Al-Ankabut, 29:2-3]


4.      "...(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." [B]- Surah Al Baqarah: Ayat 255[/B]

5.      Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).\[Surah An Nur, ayat 26]

6.      Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.  Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. \[Al-Baqarah: 186]

 DDan orang yang beriman dan mengerjakan amal kebajikan, kelak akan Kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan janji Allah itu benar. Siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah? (Al-Nisa' : 122)

Insyaallah, semoga ayat-ayat di atas dapat menjadi pedoman dan bekalan untuk kita terus kuat menghadapi hari-hari yang mendatang. Amin Ya Rabb. =)

Bawah ni ada satu lagu best, aku suka giler dengar. layan je la kalau korang ade masa, =)

Tuesday, March 1, 2011

Bila mana diri ini berfikir...

As salam.
Setelah lama tak mengepos di blog aku yang x best ni, malam ni tetiba je aku terasa ingin mengeposnya. Entah mengapa, aku sendiri pun tak pasti,haha~

Aku baru sahaja balik dari merewang ke serata pelusuk selangor. Dari Shah Alam ke Sungai Buloh, seterusnya ke Sepang, kemudiaanya ke Bangi dan akhir sekali baru pulang ke Shah Alam. =)

Sebagai perkongsian, aku baru saje balik dari kampung aku di Kelantan.
Tujuan untuk balik kampung kali ni adalah untuk melawat Mak Long aku yang di operate kerana menghidap penyakit kanser usus. Kesian giler kot... Subhanallah. Makin kurus Mak Long aku ni..
Aku tersentuh. aku teringatkan lagu nasyid dari Raihan tak lama dulu.
Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara. Salah satunya adalah sihat sebelum sakit.
Betapa kita ini selalu melupakan nikmat yang diberi oleh Allah setiap hari ni... Hmmm...
Semoga Allah melindungi diri ini dari sebarang penyakit, Amin Ya Rabb..

Balik kampung kali ni, aku sempat g jalan2 kat tepi pantai. Pantai ni namanya Pantai Cahaya Bulan (PCB).
Pantai ni terletak lebih kurang 15km dari Kota Bharu. Apa yang aku perhatikan, kalau PCB ni dikormesialkan, konfem lah ramai mat2 saleh akan datang ke Klate untuk berbulan madu,haha..
Cuma mau ada sedikit inisiatif dari kerajaan negeri rasanya untuk majukan kawasan perlancongan nih.

 Permandangan kt PCB
 Udang ngan sotong celup tepung, memang terbaek..
 Air kelapa yang aku rasa paling puas hati,haha~
 pelbagai jenis makanan yang dijual tepi pantai, memang sedap!!
 Menara pemerhati,takut2 ade orang lemas
lawa tak?
 MRSM Pengkalan Chepa, =)
 Pantai Senok kat sempadan Bachok
 Rumah api
 Muara Sungai
Memang lawa, ade lagi tempat best2 kat kelantan nih

Walaupun hanya berada dua hari kat kelantan sebab awal2 lagi tiket flight utk balik ke Shah Alam dah dibeli, tapi aku memang puas hati sebab dapat lepak2 tepi pantai yang best. terima kasih kat makcik aku sebab sudi bagi aku pinjam kete dia walaupun hampir half tank jugaklah minyak keta tu aku bedal,hehe..
Trimas firefly kerana bawak aku balik ke Shah Alam,haha~