Cari je ape yang ko nak

Sunday, February 20, 2011

Kenangan Di Sungai Gabai..

As Salam.

=)
Tibe2 rajin plak aku nak post banyak sikit hari ni. Kali ni, aku nak cerita pengalaman aku bercamping bersama2 dengan rakan serumah aku ke Sungai Gabai. Sungai Gabai ni terletak di Selangor, area2 hulu langat jugak rasanya. betulkan aku kalau silap,haha~~ time kitorang pergi ni adalah waktu gap antara paper final. kalau tak silap aku, antara gap paer Manufacturing Process ngan Thermal Engineering. Walaupun subjek Thermal ni susah, kitorang hati kering jugak la wat2 tak tahu je kat subjek ni,haha~~
Layan je la gambar aku nak kongsi ni. Korang kalau ade kesempatan, pergi la mandi2 kat tempat ni. tak rugi pun, best giler kalau wat picnic ngan member2,hehe~~







































Serba sedikit gambar yang ingin dikongsi, trimas~~

Saturday, February 19, 2011

Reflection...

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..

Muhasabah Diri


Bila kita merasakan iman kita ini mampu menghadapi segala ujian dariNya, bermakna telah timbul perasaan riyak dalam diri ini tanpa disedari..

Dahulu, aku pernah meyakini, walaupun sebanyak mana dugaan yang aku akan tempuhi, aku yakin akan mampu mengatasinya.
Namun, aku tersilap... Iman ini terlampau rapuh, lebih nipis dari sehelai kulit bawang...
Subhanallah... Aku telah terlupa akan firman Allah...



1.      "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." \[Al-Ankabut, 29:2-3]

Sebenarnya.. perjalanan aku masih lagi jauh untuk menjadi seorang da'i...
Namun akan aku tekadkan dalam diri ini..
Aku akan cuba membaiki diri ini untuk menjadi hamba yang lebih baik dari sekarang...

Terima Kasih Ya Allah.. Kerana masih lagi menyayangi hambaMu yang hina ini..

Revolusi Mesir

Disebalik semua perkara yang kita lakukan seharian..
Pernahkah kita terpikir, kalaulah kita yang berada di tempat pemuda-pemuda mesir, yang melancarkan revolusi ke atas rejim kepimpinan Hosni Mubarak sehingga pemerintah kuku besi itu telah digulingkan.
Adakah kita mampu berjuang seperti mereka??
Ada yang Syahid, ada yang cedera parah, ada ibu yang kehilangan anak-anak....

Aku tertarik dengan video ni yang aku jumpa tempoh hari.

Sanggupkah kita???
Kuatkah iman kita seperti iman para pemuda di bumi Anbiyaa itu??
Kita sekarang di Malaysia ni.. hanya berfikir tentang perkara yang remeh temeh.
Hari ni nak pakai baju apa pergi kelas, malam nak makan apa, nak main futsal dengan sapa.
Jarang kita berfikir tentang nasib ummah, jarang kita memasang niat untuk mendengar ceramah agama di masjid2..

Cubalah tengok di masjid2 di Malaysia.
Masyaallah, memang besar sume masjid2 kt Malaysia.
Tapi, cuba kita tengok siapa makmumnya??
kebanyakannya adalah pakcik2 yang telah beruban putih..
Kita sebagai pemuda??
Ade la dua tiga orang kot kt masjid.
Di mana kita sebagai bakal mewarisi negara ni??
Sekadar meluahkan perasaan yang terbuku di hati ini.
=)


Saturday, February 5, 2011

Jalan yang lurus kian berhalang... @_@

Salam alaik.

Haha.. just untuk coretan hati.
There are things that can't be change ryte?
Kadang-kadang, sejauh mana kita mencuba, jika itu takdirnya, kita takkan dapat apa yang kita nak dalam hidup.
Ini adalah Qada dan Qadar Ilahi.

Setiap manusia ni, masing-masing mempunyai dugaan masing-masing.
Untuk menguji sejauh mana keyakinan kita dan keimanan kita terhadap Allah Azzawajalla.

PANGKAT, HARTA BENDA, PEREMPUAN, KELUARGA..

"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik," 
(Surah Ali Imran, 3:14)

Moga diri yang lemah ini sentiasa dilindungi oleh Pencipta Yang Maha Agung.

Amin...



Un libro de memorias

Cuti raya cina pun da nak abis, bermakna aku pun akan pulang ke Shah Alam tak lama lagi.

Mood: Malas tahap petala kelapan
Alasan: Best rilek2 di rumah.

Pergi Shah Alam balik, masuk kelas, kelas, dan kelas lagi,haha~~
Walaupun cuti nih ade la jumpe member2 lama, tapi tak banyak sangat da, sebab ramai kekawan lain yang sudah bekerja.

Hari tu pergi makan kat Tarbush Restaurant, memang terbaek makanan arab die dari seksyen 7 punya restoran arab. Tapi harga dia, @_@. Mau geleng kepala jugak aku dibuatnya bila bil sampai,haha~~

Owh, rindu pulak dengan anak buah aku yang comey lagi aktif ni. Dah balik Terengganu dah die semalam. =(
Namanya Wan Nor Damia Afrina.
Payah betul nama orang sekarang ni, panjang sangat. aduhai.
Haha~~


Baru umur 8 bulan, tapi da pandai merajuk dengan orang.
Haish, makin bijak budak2 sekarang ye, =)