Cari je ape yang ko nak

Saturday, February 19, 2011

Reflection...

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..

Muhasabah Diri


Bila kita merasakan iman kita ini mampu menghadapi segala ujian dariNya, bermakna telah timbul perasaan riyak dalam diri ini tanpa disedari..

Dahulu, aku pernah meyakini, walaupun sebanyak mana dugaan yang aku akan tempuhi, aku yakin akan mampu mengatasinya.
Namun, aku tersilap... Iman ini terlampau rapuh, lebih nipis dari sehelai kulit bawang...
Subhanallah... Aku telah terlupa akan firman Allah...



1.      "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." \[Al-Ankabut, 29:2-3]

Sebenarnya.. perjalanan aku masih lagi jauh untuk menjadi seorang da'i...
Namun akan aku tekadkan dalam diri ini..
Aku akan cuba membaiki diri ini untuk menjadi hamba yang lebih baik dari sekarang...

Terima Kasih Ya Allah.. Kerana masih lagi menyayangi hambaMu yang hina ini..

Revolusi Mesir

Disebalik semua perkara yang kita lakukan seharian..
Pernahkah kita terpikir, kalaulah kita yang berada di tempat pemuda-pemuda mesir, yang melancarkan revolusi ke atas rejim kepimpinan Hosni Mubarak sehingga pemerintah kuku besi itu telah digulingkan.
Adakah kita mampu berjuang seperti mereka??
Ada yang Syahid, ada yang cedera parah, ada ibu yang kehilangan anak-anak....

Aku tertarik dengan video ni yang aku jumpa tempoh hari.

Sanggupkah kita???
Kuatkah iman kita seperti iman para pemuda di bumi Anbiyaa itu??
Kita sekarang di Malaysia ni.. hanya berfikir tentang perkara yang remeh temeh.
Hari ni nak pakai baju apa pergi kelas, malam nak makan apa, nak main futsal dengan sapa.
Jarang kita berfikir tentang nasib ummah, jarang kita memasang niat untuk mendengar ceramah agama di masjid2..

Cubalah tengok di masjid2 di Malaysia.
Masyaallah, memang besar sume masjid2 kt Malaysia.
Tapi, cuba kita tengok siapa makmumnya??
kebanyakannya adalah pakcik2 yang telah beruban putih..
Kita sebagai pemuda??
Ade la dua tiga orang kot kt masjid.
Di mana kita sebagai bakal mewarisi negara ni??
Sekadar meluahkan perasaan yang terbuku di hati ini.
=)


No comments:

Post a Comment