Cari je ape yang ko nak

Tuesday, March 1, 2011

Bila mana diri ini berfikir...

As salam.
Setelah lama tak mengepos di blog aku yang x best ni, malam ni tetiba je aku terasa ingin mengeposnya. Entah mengapa, aku sendiri pun tak pasti,haha~

Aku baru sahaja balik dari merewang ke serata pelusuk selangor. Dari Shah Alam ke Sungai Buloh, seterusnya ke Sepang, kemudiaanya ke Bangi dan akhir sekali baru pulang ke Shah Alam. =)

Sebagai perkongsian, aku baru saje balik dari kampung aku di Kelantan.
Tujuan untuk balik kampung kali ni adalah untuk melawat Mak Long aku yang di operate kerana menghidap penyakit kanser usus. Kesian giler kot... Subhanallah. Makin kurus Mak Long aku ni..
Aku tersentuh. aku teringatkan lagu nasyid dari Raihan tak lama dulu.
Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara. Salah satunya adalah sihat sebelum sakit.
Betapa kita ini selalu melupakan nikmat yang diberi oleh Allah setiap hari ni... Hmmm...
Semoga Allah melindungi diri ini dari sebarang penyakit, Amin Ya Rabb..

Balik kampung kali ni, aku sempat g jalan2 kat tepi pantai. Pantai ni namanya Pantai Cahaya Bulan (PCB).
Pantai ni terletak lebih kurang 15km dari Kota Bharu. Apa yang aku perhatikan, kalau PCB ni dikormesialkan, konfem lah ramai mat2 saleh akan datang ke Klate untuk berbulan madu,haha..
Cuma mau ada sedikit inisiatif dari kerajaan negeri rasanya untuk majukan kawasan perlancongan nih.

 Permandangan kt PCB
 Udang ngan sotong celup tepung, memang terbaek..
 Air kelapa yang aku rasa paling puas hati,haha~
 pelbagai jenis makanan yang dijual tepi pantai, memang sedap!!
 Menara pemerhati,takut2 ade orang lemas
lawa tak?
 MRSM Pengkalan Chepa, =)
 Pantai Senok kat sempadan Bachok
 Rumah api
 Muara Sungai
Memang lawa, ade lagi tempat best2 kat kelantan nih

Walaupun hanya berada dua hari kat kelantan sebab awal2 lagi tiket flight utk balik ke Shah Alam dah dibeli, tapi aku memang puas hati sebab dapat lepak2 tepi pantai yang best. terima kasih kat makcik aku sebab sudi bagi aku pinjam kete dia walaupun hampir half tank jugaklah minyak keta tu aku bedal,hehe..
Trimas firefly kerana bawak aku balik ke Shah Alam,haha~

No comments:

Post a Comment